Sunday, 18 December 2011

Wan Noor Hasni @ Hasni Caliph




Nama diberi wan noor hasni, dilahirkan pada 30 januari 1984. Seorang sahabat yang periang, suka ketawa dan sangat baik hati. Perkenalan nie bermula pada bulan 2, tahun 2009 di ESQ Leadership Center @ damansara damai.

Fiza, kak nooren, wan dan ida sekawan :). Teringat masa tinggal di rumah (GM), syukur- alhamdulillah kerana dengan kemurahan hati kak eny dan pak dalek sekeluarga telah membenarkan kami tinggal dirumahnya selama 6 bulan lebih. Mengenali mereka membuatkan kami terasa seperti keluarga sendiri, ada kak siti, idris, sara dan adam.

Telah pergi buat selamanya wan noor hasni pada 23 januari tahun 2011, dan hati ini terasa satu kehilangan yang sangat berat untuk dilalui. Teringat pula masa dimana kami berjalan bersama-sama pergi dan balik ofice, keluar shopping, tengok wayang, menonton tv, bersenam dan perkara yang paling seronok sekali bila pergi team building di port dickson (pantai).

Walaupun masa itu telah berlalu, persahabatan ini insyaAllah akan kekal hingga ke akhir hayatku. Kesedihan, kesakitan dan kegembiraan yang dikau lalui sepanjang tempoh kesakitanmu telah menjadikanmu seorang wanita yang sangat cantik dan tabah dalam mengharungi ujian Allah. Moga rohmu dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Al-fatihah sahabat.

-hasnicaliph.blogspot.com-

No comments:

Post a Comment