Monday, 19 December 2011

Hati Vs Perasaan




Hati dan perasaan adalah suatu Anugerah yang terindah telah Allah kurniakan kepada makhluknya yang bernama manusia, rasa sedih hari ini sampai dah mengalir air mataku.... :( tapi bila kita kembalikan perasaan ini hanya untuk Allah, terasa berkurangan beban yang dirasakan kerana 'sungguhnya hanyalah kepada Allah sebaik-baik tempat berlindung'.

Ya Allah maafkanlah hambamu ini yang leka dan selalu melakukan kesilapan, semoga Allah selalu membimbing setiap langkah dan perbuatanku. Amin Ya Rabb.

Kepada mak, abah, atok, pakcik, makcik, pak long, mak long, pak usu, mak usu, pak uda, mak uda, pak itam, mak itam, kak long, kakak, abang, adik-adik, sahabat dan mereka yang tidak disebutkan namanya, daku mohon seribu kemaafan atas kata-kata dan perbuatan yang salah kerana telah menyakiti kalian selama ini. Untuk saudaraku yang telah awal pergi meninggalkanku, insyaAllah suatu hari nanti kita akan bertemu dan aku pasti akan menyusulmu. Doaku agar kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

No comments:

Post a Comment