Sunday, 18 December 2011

Flashback - Part 5





18 Disember 2011, 12.30pm

Kelihatan suasana malam dan bunyi kipas angin dibilik kedengaran, tiba-tiba je terasa betapa indahnya suasana di kampung halaman. Ada mak, abah, kakak, abang, atok dan adik-adik. Suasana yang berbeza dengan kehidupan di bandar kuala lumpur nie, erm...... nak balik!! :(

Hidup mesti diteruskan walaupun kadangkala terasa penat, letih, marah, suka, duka, sedih, ketawa, menangis dan gembira kerana ia adalah satu perjuangan yang menuntut hati agar menjadi hambanya yang bersyukur dan ikhlas dengan ketetapan Nya.

Kali ini nak bercerita tentang suasana kami bekerja di ESQ, fiza, kak nooreen dan ida pun mula bekerja sebagai telemarketing yang membuat panggilan telefon dari sehari ke sehari dan ini menjadikan kami lebih pandai bercakap dan menjadi pendengar yang setia kepada Alumni hehe..:)

Kak maslinda sebagai team leader, orangnya nampak serius tapi sebenarnya seorang yang baik hati. Membuat panggilan telefon sebanyak 60 panggilan dalam masa sehari adalah sangat meletihkan huhu.. tapi dalam masa yang sama rasa bahagia juga apabila kita dapat berkongsi kebahagian dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment