17 Disember 2011, 1.32am
Walaupun waktu ni dah jam 1.32 pagi, tapi mata nie blom mengantuk lagi, jadi kenalah menulis sesuatu sebelum mata ini terlena.
Detik ini, bermulalah satu pengembaraan antara 3 sahabat yang cuba meneruskan perjuangan untuk mencuba nasib bekerja di Kuala Lumpur, tapi tak nampak pon ada lumpurnya haha...:) 3 sekawan fiza, kak nooreen dan ida.
Berbekalkan sokongan moral dari pak andi, kak nisa, kak anis dan kak umi, kami bertiga (andi angles) terus berusaha kalau-kalau ada rezeki untuk mencuba nasib bekerja di ESQ Leadership Center. Awal bulan 1 tahun 2008, teringat macam mana detik interview dan masa tu sedang berlangsung training publik kl di pwtc.
Kami diminta untuk menjadi pelukis dan berdialog macam mana situasi apabila melakukan pangilan telefon, berdebar-debar perasaan ini apabila mendengar ring-ring telefon berbunyi.. puan marhaini, kak nor dan kak piah cuba memerhatikan haha..:) Alhamdulillah kami diterima akhirnya pada tarikh 31 januari 2008.
Opis ESQ di damansara damai, adalah rumah kedai dua tingkat. Masa tu ada kak piah, kak nor, kak liza, kak eni, pak dalek, pak aminul, pak ekor, pak andi, pak firdaus, kak zalinda, kak suzana, kak maslinda, wan noor hasni, kak azizah, abe, kak huda dan en razib. Antara nama yang tidak akan pernah ku lupakan dalam sejarah hidupku.
Wan noor hasni... :( walaupun dikau kini tidak lagi bersama, pada saat aku menulis namun aku tidak akan pernah melupakan detik perkenalan dan persahabatan yang telah kita lalui dan aku akan sentiasa mendoakanmu agar Allah sentiasa mencucuri rahmat dan kasih sayangnya, Al-fatihah sahabatku..
No comments:
Post a Comment