Friday, 30 December 2011
30 Disember 2011
30 Disember 2011, 12.56pm
Alhamdulillah, segala pujian hanyalah milik Allah swt. Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Indahnya iman bila kita dapat merasakan dan menghargai anugerah ini..
Ya Allah, aku pasrah atas ketentuan dan takdir yang telah ditentukan kerana hati ini yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya disebaliknya. Semoga Allah selalu membimbing dalam setiap perkataan, perbuatan dan langkahku untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur, Amin.
Tuesday, 20 December 2011
Flashback - Part 6
20 Disember 2011, 11.21pm
2010, berpindah ke office baru di damansara perdana, walaupun berat hati nak meninggalkan office lamaku tapi perjuangan tetap perlu diteruskan.
Fiza, kak nooreen, kak fazilah, abe, kak maslinda, kak suriani, abang azri, pak dalek, kak eny, kak nor, kak azizah dan lain-lain bersiap sedia untuk berhijrah. Antara orang yang paling lambat sekali pindah barang ialah fiza, ida dan kak maslinda sebab terasa sayang pulak bila nak pindah tempat baru sambil terkenangkan betapa selesanya buat calls sambil duduk dibawah lantai nie :)
21 Disember 2011, 12.00pm
Tiada yang kebetulan, kak siti, suaidah, aisyah dan ida meraikan hari lahir siti zuraidah bt ismail yang ke-24 tahun. Kalau nak tahu siapakah gerangan cik siti zuraidah, kena tengok episod seterusnya, dan kelihatan kak liza yang dah tertidur (emerald home).
Opis baru nie nampak barulah, ish.. ish..ish, memanlah baru sebab tempat baru.. :) pulak tu masing-masing dah ada tempat untuk bersandar. Ni nak citer sikit sebab kami dah dapat mummy baru ss, nak tahu siapakah insan yang bernama ss nie??. Tunggulah next episod.
Monday, 19 December 2011
Hati Vs Perasaan
Hati dan perasaan adalah suatu Anugerah yang terindah telah Allah kurniakan kepada makhluknya yang bernama manusia, rasa sedih hari ini sampai dah mengalir air mataku.... :( tapi bila kita kembalikan perasaan ini hanya untuk Allah, terasa berkurangan beban yang dirasakan kerana 'sungguhnya hanyalah kepada Allah sebaik-baik tempat berlindung'.
Ya Allah maafkanlah hambamu ini yang leka dan selalu melakukan kesilapan, semoga Allah selalu membimbing setiap langkah dan perbuatanku. Amin Ya Rabb.
Kepada mak, abah, atok, pakcik, makcik, pak long, mak long, pak usu, mak usu, pak uda, mak uda, pak itam, mak itam, kak long, kakak, abang, adik-adik, sahabat dan mereka yang tidak disebutkan namanya, daku mohon seribu kemaafan atas kata-kata dan perbuatan yang salah kerana telah menyakiti kalian selama ini. Untuk saudaraku yang telah awal pergi meninggalkanku, insyaAllah suatu hari nanti kita akan bertemu dan aku pasti akan menyusulmu. Doaku agar kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Sunday, 18 December 2011
Flashback - Part 5
18 Disember 2011, 12.30pm
Kelihatan suasana malam dan bunyi kipas angin dibilik kedengaran, tiba-tiba je terasa betapa indahnya suasana di kampung halaman. Ada mak, abah, kakak, abang, atok dan adik-adik. Suasana yang berbeza dengan kehidupan di bandar kuala lumpur nie, erm...... nak balik!! :(
Hidup mesti diteruskan walaupun kadangkala terasa penat, letih, marah, suka, duka, sedih, ketawa, menangis dan gembira kerana ia adalah satu perjuangan yang menuntut hati agar menjadi hambanya yang bersyukur dan ikhlas dengan ketetapan Nya.
Kali ini nak bercerita tentang suasana kami bekerja di ESQ, fiza, kak nooreen dan ida pun mula bekerja sebagai telemarketing yang membuat panggilan telefon dari sehari ke sehari dan ini menjadikan kami lebih pandai bercakap dan menjadi pendengar yang setia kepada Alumni hehe..:)
Kak maslinda sebagai team leader, orangnya nampak serius tapi sebenarnya seorang yang baik hati. Membuat panggilan telefon sebanyak 60 panggilan dalam masa sehari adalah sangat meletihkan huhu.. tapi dalam masa yang sama rasa bahagia juga apabila kita dapat berkongsi kebahagian dengan orang lain.
Wan Noor Hasni @ Hasni Caliph
Nama diberi wan noor hasni, dilahirkan pada 30 januari 1984. Seorang sahabat yang periang, suka ketawa dan sangat baik hati. Perkenalan nie bermula pada bulan 2, tahun 2009 di ESQ Leadership Center @ damansara damai.
Fiza, kak nooren, wan dan ida sekawan :). Teringat masa tinggal di rumah (GM), syukur- alhamdulillah kerana dengan kemurahan hati kak eny dan pak dalek sekeluarga telah membenarkan kami tinggal dirumahnya selama 6 bulan lebih. Mengenali mereka membuatkan kami terasa seperti keluarga sendiri, ada kak siti, idris, sara dan adam.
Telah pergi buat selamanya wan noor hasni pada 23 januari tahun 2011, dan hati ini terasa satu kehilangan yang sangat berat untuk dilalui. Teringat pula masa dimana kami berjalan bersama-sama pergi dan balik ofice, keluar shopping, tengok wayang, menonton tv, bersenam dan perkara yang paling seronok sekali bila pergi team building di port dickson (pantai).
Walaupun masa itu telah berlalu, persahabatan ini insyaAllah akan kekal hingga ke akhir hayatku. Kesedihan, kesakitan dan kegembiraan yang dikau lalui sepanjang tempoh kesakitanmu telah menjadikanmu seorang wanita yang sangat cantik dan tabah dalam mengharungi ujian Allah. Moga rohmu dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Al-fatihah sahabat.
-hasnicaliph.blogspot.com-
Saturday, 17 December 2011
Flashback - Part 4
17 Disember 2011, 1.32am
Walaupun waktu ni dah jam 1.32 pagi, tapi mata nie blom mengantuk lagi, jadi kenalah menulis sesuatu sebelum mata ini terlena.
Detik ini, bermulalah satu pengembaraan antara 3 sahabat yang cuba meneruskan perjuangan untuk mencuba nasib bekerja di Kuala Lumpur, tapi tak nampak pon ada lumpurnya haha...:) 3 sekawan fiza, kak nooreen dan ida.
Berbekalkan sokongan moral dari pak andi, kak nisa, kak anis dan kak umi, kami bertiga (andi angles) terus berusaha kalau-kalau ada rezeki untuk mencuba nasib bekerja di ESQ Leadership Center. Awal bulan 1 tahun 2008, teringat macam mana detik interview dan masa tu sedang berlangsung training publik kl di pwtc.
Kami diminta untuk menjadi pelukis dan berdialog macam mana situasi apabila melakukan pangilan telefon, berdebar-debar perasaan ini apabila mendengar ring-ring telefon berbunyi.. puan marhaini, kak nor dan kak piah cuba memerhatikan haha..:) Alhamdulillah kami diterima akhirnya pada tarikh 31 januari 2008.
Opis ESQ di damansara damai, adalah rumah kedai dua tingkat. Masa tu ada kak piah, kak nor, kak liza, kak eni, pak dalek, pak aminul, pak ekor, pak andi, pak firdaus, kak zalinda, kak suzana, kak maslinda, wan noor hasni, kak azizah, abe, kak huda dan en razib. Antara nama yang tidak akan pernah ku lupakan dalam sejarah hidupku.
Wan noor hasni... :( walaupun dikau kini tidak lagi bersama, pada saat aku menulis namun aku tidak akan pernah melupakan detik perkenalan dan persahabatan yang telah kita lalui dan aku akan sentiasa mendoakanmu agar Allah sentiasa mencucuri rahmat dan kasih sayangnya, Al-fatihah sahabatku..

Friday, 16 December 2011
Doa Rabitah Hati
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
Doa rabitah hati. Siapa yang tidak tahu? Malah ramai yang sudah menghafalnya. Setiap hari dilafazkan bersama-sama. Jika yang tinggal di asrama, akan baca beramai-ramai selepas solat berjemaah.
Kadang-kadang dibaca setiap kali mengakhiri sesuatu majlis ilmu. Doa yang sepatutnya mengikat hati-hati kita. Doa yang sepatutnya mengajar kita erti ukhwah. Doa yang sepatutnya membuahkan rasa rindu pada kita pada perjuangan di jalan Allah S.W.T.
Namun, tidak ramai yang sedar betapa besarnya erti doa ni. Malah kesannya juga seolah-olah tiada. Mengapa?
Mungkin tidak Faham maksud? Mustahil. Kerana ramai juga yang sudah lama berada di dunia tarbiyah, sudah bedah maksud doa ini. Namun kesannya tetap negatif. Di mana salahnya?
Mungkin pada dosa-dosa lama, atau karat-karat jahiliah yang masih malas hendak dibuang itu menghalang hati-hati kita dari keindahan kesan doa ini?
Atau hati kita sendiri tidak pernah hadir setiap kali membaca doa ini?
Mulut melafazkannya namun hati, fikiran pada urusan dunia yang tidak akan pernah habis?
Mungkin juga dalam tidak sedar, kita sebenarnya adalah robot yang membuat kitaran bodoh?
Kerana sudah menjadi kebiasan membaca doa ini, tetapi tidak pernah mengambil masa mendalami maksudnya?
Ya Allah.
Bukan tidak pernah melihat orang yang hari-hari duduk sama-sama membaca doa rabitah hati, namun apabila habis tidak pernah bertegur sapa. Ada juga orang yang hari-hari duduk sama-sama membaca doa ini, tetapi perasaan benci, hasad dan iri hati tetap ada dalam hati masing-masing. Apabila duduk dalam majlis ilmu, boleh duduk berlaga lutut, tetapi di luar majlis ilmu, saling berselisih bahu, menjeling seperti singa lapar.
Bukankah doa ini sepatutnya menjadi medium untuk kita merapatkan ukhwah?
Bukankah doa ini sepatutnya menjadi medium untuk kita buang segala perasaan tidak baik itu?
Bukankah doa ini sepatutnya menjadi semangat bagi para daie setiap kali melafazkannya?
Bukankah doa ini sepatutnya menjadi peringatan buat kita bahawa kita sama-sama pernah berjanji untuk memperjuangkan agama Allah S.W.T?
Namun, mengapa apabila di luar, tatkala saudara-saudara kita semakin menjauh dari jalan Allah S.W.T, kita buat tidak kisah?
'Kubur lain-lain', kata kita. Mana janji-janji yang dilafazkan untuk sama-sama berjuang?
Mana hilang rasa keterikatan hati kita?
Mana pergi rasa kasih dan cinta 'ukhwah fillah' yang kita lafazkan selama ini?
Bukankah jika benar doa rabitah hati yang kita baca itu berkesan, hati-hati kita akan saling terikat?
Apabila jauh rasa rindu untuk sama-sama duduk berlaga lutut mendengar kisah Allah S.W.T.
Apabila dekat terasa seolah-olah tidak mahu berpisah, seronok sama-sama berzikir.
Apaila terpesong sama-sama mengingatkan agar kembali ke jalan Allah S.W.T.
Adakah perasaan itu sudah ada dalam hati kita wahai hamba yang saling berjanji setia?
Jika doa itu berkesan pada kita, Allah S.W.T yang akan menyatukan hati kita. Allah S.W.T sudah berjanji bukan?
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (surah Al-Anfal: ayat 63).
Kerana itu pentingnya hati-hati kita ini saling terikat. Agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah S.W.T.
Allah S.W.T menyukai orang-orang yang berjuang di jalannya dalam satu barisan yang tersusun, kerana Allah S.W.T tahu payahnya perjuangan ini, Allah S.W.T tidak suruh kita berjuang seorang diri.
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (surah As-Saf: ayat 4)
Sangat indah jika kita sama-sama dapat rasa keterikatan hati yang Allah berikah pada muslim yang sejati itu bukan?
Kata Imam Nawawi:
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah kecintaanku padamu."
kata aku,
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, akan ku bimbing kembali dirimu supaya kita dapat bersama-sama rasa indahnya Syurga."
DAKWAH ITU CINTA DAN CINTA AKAN MEMINTA SEMUANYA DARIMU.
Artikel iluvislam.com
Flashback - Part 3
16 Disember 2011, 9.08pm
Tn Hj. Fauzee Mustafa, adalah orang sangat berjasa kepada kami kerana telah menghantar stafnya seramai 20 orang lebih, termasuk diriku untuk mengikuti ESQ Training angkatan JB (2). Alhamdulillah, bermulalah detik dimana aku lebih mengenali Allah dan Rasul dengan hati yang paling dalam kerana ia adalah sebuah pencarian yang panjang dalam hidupku... dan hati ini terus ingin mencari. Tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata bahawa aku benar-benar bersyukur diatas anugerah ini Ya Allah.
Diri ini terus berharap agar Hidayah yang dikurniakan ini terus terjaga dan agar aku selalu mencintaimu lebih diatas segala-gala yang ada didunia ini. Bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau tidak dilakukan apalah makna hidupku tanpamu Ya Tuhan.
(ATS) Alumni taining support, memang sesuatu yang sangat indah apabila pertama kali jadi ats nie. Senyum walaupun dalam keadaan penat, mestilah ikhlas hehe.... :), bukan mudah nak melayan orang dan teringat pula macam mana kena susun kasut, jaga makanan dan bernyanyi dihadapan orang ramai haha.. walaupun suara tak kedengaran tapi yang paling penting semangat.
Pak Andi, adalah salah seorang trainer yang disukai kerana sikapnya yang merendah diri dan insan yang paling banyak membantu serta tidak mungkin dilupakan ialah kak nisa, kak umi dan kak anis yang comel sekali. Luv u all sis.
Wednesday, 14 December 2011
Flashback - Part 2
14 Disember 2011, 9.40pm
Detik aku mengenali erti menjadi seorang usahawan takaful hehe.. Ternyata memang mencabarku dari segi fizikal dan mental. Berkenalan pula dengan mereka yang bernama kak nooreen, fiza, caen, mariam, lia, nurul, anis, dan beberapa orang yang dah ku lupa akan namanya... :(
Ternyata lebih ramai wanita berbanding lelaki, first time nie dalam hidupku rasa bagaimana pengalaman pergi ke sekolah-sekolah di sekitar johor bahru untuk membantu mereka yang sedang memerlukan. Perkara yang paling sukar untuk dilupakan ialah pergi ke daerah yang bernama 'gelang patah', dalam usaha berjuang memperkenalkan konsep simpanan takaful ikhlas, teringat pula bagaimana manisnya solat bersama-sama di masjid, pergi ke pasar malam dan bergurau bersama-sama, haha... jiwang pulak
Bersambung..

Tuesday, 13 December 2011
Flashback - Part 1
13 Disember 2011, 11.37pm
Tiba-tiba je teringat kembali, kisah lama dimana aku cuba mengenali erti persahabatan dan sebuah perjuangan dalam usia yang telah mencecah 24 tahun.
Awal tahun 2008, bermulah episod kehidupan seorang insan yang bernama Noridah Binti Othman telah kembali ke bandaraya Johor Bahru setelah beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan di sekolah menengah majidi baru, johor.
Bermulalah satu perjalanan dan cerita yang sangat panjang, bersama cousin yang cuba mengenal alam pekerjaan. Dalam pencarianku di Plaza Anggsana, Johor.
Seminar pekerjaan, 'Takaful Islam'. Apa lagi mencuba nasib jadi usahawan :)
Tamat bahagian (1)

Monday, 12 December 2011
Dia Yang Lebih Tahu
"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, apa yang terbaik untukku, maka berikanlah yang terbaik. Aku redha dengan ketentuan-Mu, aku ikhlas dengan cintaku pada-Mu. Redhailah kehidupanku, Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang..."
Subscribe to:
Posts (Atom)