Wednesday, 18 April 2012

Sebuah Perjuangan


Detik demi detik aku merasakan betapa sukarnya hidup sebagai seorang mujahadah. Namun disebalik kesukaran itu terselit pula rasa kenikmatan dalam berjuang.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan 'keyakinan' dalam menghadapi liku-liku kehidupan, kerana sesungguhnya diri ini telah berjanji untuk taat dan setia.

Sesungguhnya engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik bagi diri kami..

Perjuangan memerlukan pengorbanan dan ia tidak akan pernah selesai sehingga aku dipanggil untuk berjumpa dengan kekasihku.

Sunday, 8 April 2012

ToT Malaysia 01



20-21 Febuari 2012 @ Awana, Genting Highlands

Sesuatu yang indah dan tidak akan aku lupakan. Banyak perkara yang indah dan telah aku dapatkan sepanjang program ini. Terima kasih kepada management yang telah mengadakan ToT serta kepada pihak panitia yang comel kak anis dan kak liza :)

~Pak Ridwan~
Bayangkan masa kita sedang berzikir kepada Allah, seumpama kita panggil nama ayah dan ibu kita lalu apakah perasaan yang hadir sedangkan Allah adalah cinta tertinggi kita 'cintaku di atas segala-galanya'.

~AGA~
Bayangkan dosa-dosa kita yang lalu, betapa zalim dan jahilnya diri kita sedangkan Allah sentiasa baik, memaafkan dan tetap mengurniakan kebahagiaan kepada setiap hambanya yang bernyawa.

Setiap teguran daripada pemimpin dan orang di sekeliling kita adalah tanda cinta mereka kepada diri kita kerana daripada teguran itulah yang akan mengajar kita bagaimana cara untuk menghargai dan memperbaiki diri agar menjadi orang yang lebih baik, sekalipun kita dimarah dan dihina terimalah ia dengan rasa bersyukur dan berterima kasih.

~Makna disebalik permainan - menyelamatkan cahaya 165~
Rasakan semangat Abu Bakar, Uthman dan Ali yang tetap mempertahankan keyakinannya hanya demi Allah dan Rasulullah.

Tiada yang lebih hebat melainkan memiliki keyakinan yang tinggi kepada Allah, kerana saya tidak memiliki apa-apa di dunia ini melainkan hanya tauhid dan keyakinan yang tinggi kepada Allah.

Sukarnya menjadi manusia, tetapi kita perlu berusaha untuk menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang sentiasa bersyukur.

Sunday, 1 April 2012

Bahana Hati


Bahana hati apabila timbulnya perasaan marah, benci, dengki, cemburu dan berprasangka buruk. Lebih buruk lagi bila kita meluahkan sehingga ia menimbulkan fitnah yang akan menyebabkan orang lain terluka dan teraniaya. Ya Allah jauhkanlah aku daripada fitnah dunia dan daripada fitnah diriku sendiri.

Berusaha untuk memberi dan menerima dengan cinta agar hati-hati kita saling bertaut dan mengasihi kerana Allah.

Maafkan hati, kerana sudah berkali-kali aku membiarkan kamu menangis sendiri. Aku terlalu mementingkan diri, walaupun bukan niatku untuk membuatkan kamu tersiksa.

Hati, aku mahu kamu kuat untuk menjalani liku-liku kehidupan ini dan aku harap kamu tidak akan pernah rapuh lagi. Aku ingin kamu sedar dalam ingatan kepadaNya (Allah), berjanjilah padaku agar kita sama-sama saling menjaga.