Wednesday, 18 April 2012

Sebuah Perjuangan


Detik demi detik aku merasakan betapa sukarnya hidup sebagai seorang mujahadah. Namun disebalik kesukaran itu terselit pula rasa kenikmatan dalam berjuang.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan 'keyakinan' dalam menghadapi liku-liku kehidupan, kerana sesungguhnya diri ini telah berjanji untuk taat dan setia.

Sesungguhnya engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik bagi diri kami..

Perjuangan memerlukan pengorbanan dan ia tidak akan pernah selesai sehingga aku dipanggil untuk berjumpa dengan kekasihku.

Sunday, 8 April 2012

ToT Malaysia 01



20-21 Febuari 2012 @ Awana, Genting Highlands

Sesuatu yang indah dan tidak akan aku lupakan. Banyak perkara yang indah dan telah aku dapatkan sepanjang program ini. Terima kasih kepada management yang telah mengadakan ToT serta kepada pihak panitia yang comel kak anis dan kak liza :)

~Pak Ridwan~
Bayangkan masa kita sedang berzikir kepada Allah, seumpama kita panggil nama ayah dan ibu kita lalu apakah perasaan yang hadir sedangkan Allah adalah cinta tertinggi kita 'cintaku di atas segala-galanya'.

~AGA~
Bayangkan dosa-dosa kita yang lalu, betapa zalim dan jahilnya diri kita sedangkan Allah sentiasa baik, memaafkan dan tetap mengurniakan kebahagiaan kepada setiap hambanya yang bernyawa.

Setiap teguran daripada pemimpin dan orang di sekeliling kita adalah tanda cinta mereka kepada diri kita kerana daripada teguran itulah yang akan mengajar kita bagaimana cara untuk menghargai dan memperbaiki diri agar menjadi orang yang lebih baik, sekalipun kita dimarah dan dihina terimalah ia dengan rasa bersyukur dan berterima kasih.

~Makna disebalik permainan - menyelamatkan cahaya 165~
Rasakan semangat Abu Bakar, Uthman dan Ali yang tetap mempertahankan keyakinannya hanya demi Allah dan Rasulullah.

Tiada yang lebih hebat melainkan memiliki keyakinan yang tinggi kepada Allah, kerana saya tidak memiliki apa-apa di dunia ini melainkan hanya tauhid dan keyakinan yang tinggi kepada Allah.

Sukarnya menjadi manusia, tetapi kita perlu berusaha untuk menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang sentiasa bersyukur.

Sunday, 1 April 2012

Bahana Hati


Bahana hati apabila timbulnya perasaan marah, benci, dengki, cemburu dan berprasangka buruk. Lebih buruk lagi bila kita meluahkan sehingga ia menimbulkan fitnah yang akan menyebabkan orang lain terluka dan teraniaya. Ya Allah jauhkanlah aku daripada fitnah dunia dan daripada fitnah diriku sendiri.

Berusaha untuk memberi dan menerima dengan cinta agar hati-hati kita saling bertaut dan mengasihi kerana Allah.

Maafkan hati, kerana sudah berkali-kali aku membiarkan kamu menangis sendiri. Aku terlalu mementingkan diri, walaupun bukan niatku untuk membuatkan kamu tersiksa.

Hati, aku mahu kamu kuat untuk menjalani liku-liku kehidupan ini dan aku harap kamu tidak akan pernah rapuh lagi. Aku ingin kamu sedar dalam ingatan kepadaNya (Allah), berjanjilah padaku agar kita sama-sama saling menjaga.

Tuesday, 28 February 2012

Jodoh

Bila bercerita tentang bab jodoh ni, terus akan membuatkan aku terdiam seribu bahasa sebab cukup bagiku hanyalah dengan berbekalkan keyakinan bahawa semuanya telah ditetapkan di luh mahfuz. Jadi tak perlulah aku sibuk untuk mencari-carinya dan yang paling penting adalah berdoa kepada Allah agar mempertemukan aku dengan jodoh yang akan memimpinku di dunia dan akhirat hehe.. :)

Bahagia juga bila melihat pasangan yang berkahwin di usia yang muda tapi dalam masa yang sama ia menuntut banyak pengorbanan dan tangungjawab sebagai seorang isteri, lebih-lebih lagi bersiap sedia untuk berkongsi segalanya. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, tapi cukup indah bila dapat dilaksanakan dengan baik.

Kata sahabat, cubalah buka hati dan bagi ruang sedikit untuk saling mengenali, pasti Allah akan permudahkan segala urusanmu. Jangan terlalu memilih dan berfikir lama kerana sekarang masanya untuk kamu memikirkan masa depan..

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dengan membimbing setiap langkah dan perbuatanku, Amin Ya Rabb. Aku ingin memberikan yang terbaik untuk agama, ibubapa serta saudaraku dan yang paling aku idamkan adalah untuk mencapai redhamu meskipun jika aku hanya ditakdirkan untuk terus hidup bersendirian.

Sunday, 26 February 2012

Bahana Facebook



Kebaikkan dan keburukkan sesuatu teknologi itu sebenarnya bergantung kepada niat dan tujuan asal si pengguna. Jadi pilihan ada ditangan anda!!

Bahaya facebook, sometimes ia akan membuatkan orang lain berprasangka negatif sedangkan pada hakikatnya berbeza. Itulah manusia kalau tidak lagi berpaksikan akal fikiran tapi hanya mengikut nafsu amarah, dan perumpamaan ini sesuai disebut 'Bagaikan taufan yang sedang menggila dan cuba untuk menghapuskan segala kehidupan yang ada'.

Bergitu jualah kehidupan ini, jika tidak disirami baja keikhlasan ia akan membuatkan hati kita menjadi gersang seperti gurun di padang pasir yang tandus. Rugilah bagi yang mengotorinya kerana segala kebaikkan yang dilakukan itu akan menjadi seperti debu-debu yang berterbangan.

Ya Allah kami mohon keampunan darimu atas kata-kata dan perbuatan yang khilaf serta niat yang buruk, dan sesungguhnya kami berlindung kepadamu daripada kejahatan diri kami sendiri.

Ingatlah masih banyak lagi perkara besar yang perlu kita fikirkan dan lakukan wahai (manusia) umat islam selain hanya ingin menyalahkan orang lain, kerana kata-kata dan perbuatan kita akan menggambarkan akhlak kita sendiri.

Tuesday, 14 February 2012

Titisan Mutiara



14 Februari 2012, 1.51am

Entah berapa banyak air mata ini dah mengalir, terasa betapa kerdilnya diri dan fikiran ini.. Aku mohon petunjuk dan pimpinan darimu Ya Allah.

Selalu diri ini bermain dengan emosi dan entah berapa banyak sudah hati yang telah aku sakiti, demi memuaskan hatiku sendiri tapi pada akhirnya ia telah melukai diriku sendiri. Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah.

Menangis, sedih, luka, kecewa dan terhina telah membuatkan manusia itu buta, buta dalam menilai erti kehidupan sedangkan Allah datangkan ia sebagai tanda cinta dan kasihnya kepada seorang hamba yang bernama 'Khalifah'.

Semoga kita sentiasa berkasih sayang dan saling menghargai di antara satu dengan yang lain. Lakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan hargailah setiap detik yang kita ada kerana esok belum tentu menjanjikan kehidupan buat kita.

''Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri''. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, 8 February 2012

Bisikan




8 Februari 2012, 12.30am

Ya Allah, peliharakanlah hati ini daripada dunia yang melalaikan..

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An-Nisaa : Ayat 114)

Saturday, 4 February 2012

Flashback - Part 9



5 Februari 2012, 1.08am

Jungle Tracking di chiling, memang indah sebab kami berkesempatan untuk berjalan di hutan sambil menikmati keindahan flora dan fauna walaupun penatnya memang teramat dirasakan untuk sampai ke puncak. Apapun terima kasih azrul sebab dah berikan kami pengalaman yang cukup indah ini.

Ingatkan untuk sampai ke puncak cuma mengambil masa yang sekejap tapi huhu.. tapi penatnya aku rasakan kerana terpaksa meredah beberapa anak sungai yang panjang dan arus yang deras disamping menempuhi jalan yang berlumpur. Memang menguji kesabaran betul nih, sampai kasut putih kesayangku telah di hanyutkan oleh arus sungai dan kelihatan kak anis yang terpaksa memakai kain pelikat lala..lala hehe :)

Banyak betul makanan dan suasana pula macam nak pergi membeli belah sehingga membawa troli pasar yang penuh berisi dengan makanan bak kata orang sediakan payung sebelum hujan agar tidak kelaparan.

Akhirnya sampai juga di puncak chiling dan kelihatan betapa indah suasana air terjun. miss u wan noor hasni walaupun dalam keadaan yang tidak sihat tapi tetap sabar menemaniku dan kelihatan kak anis, abang wan, azrul, fairuz, kak siti dan ashyraff yang siap sedia menjaga keselamatan kami.

Friday, 3 February 2012

Kegembiraan Dan Kesakitan



3 Februari 2012, 1.52am

Mata mengantuk tetapi hati ini masih degil lagi nak menulis. Insan ini bernama Siti Fatimah dan tahun ini genaplah usianya 29 tahun.

IHT Proton 9

28-29/1/2012, telah berlangsung training IHT Protong angkatan 9 @ tanjung malim dengan penyertaan seramai 400+ orang. Memang luar biasa orang tanjung malim sebab boleh buat kereta kan?. Malaysia boleh!

Terima kasih kak maslinda sebab dah bawa kami pergi tanjung malim, ada pak andi, pak firdaus, azrul, zul husni, en razib, kak huda dan kak siti. Syukur alhamdulillah Ya Allah.

Penuh betul komplek sukan Proton kerana telah dibanjiri oleh anak-anak muda yang bekerja keras untuk mencari rezeki dan mengenal erti sebuah kehidupan. Kami berdoa Ya Allah, agar mereka yang hadir akan mendapat hidayah, menemui makna dan memahami erti sebagai khalifah.

Dapat makan durian di waktu petang sambil menyaksikan permandangan yang indah, memang terbaik!! hehe :) terima kasih kepada en razib dan kak huda sebab dah belanja kami makan durian yang banyak dan sedap (sebakul).

29 Januari 2012, hari ahad

Kegembiraan kami disambung dengan pergi ke penang, ada kak anis, abe, kak nonoi dan kak siti. Dah bersiap sedia untuk pergi ke majlis persandingan Amirul Asyraff anak (kak nor). Tahniah diucapkan kepada pasangan Asyraff dan Atiqa, semoga berbahagia di dunia dan akhirat. Amin

30 Januari 2012, hari isnin

Musim kesakitan yang telah dialami oleh kak siti, mudah-mudahan insan yang bernama siti fatimah akan tetap ikhlas dan sabar dalam menerima kesakitan yang dialaminya, insyaAllah.

Hari telah berganti hari tapi demam kak siti masih tak reda lagi, agak risau juga kami di emerald home sebab dah 2 tempat klinik yang kami bawa tapi kak siti masih kelihatan lemah dan bertambah panas suhu badannya :(

Syukur kepadamu Ya Allah kerana telah ditiupkan rasa kasih sayang diantara kami. Moga kasih sayang ini akan terus kekal hingga akhir hayat.

2 Januari 2012, hari khamis

Kak siti masuk hospital, Tropicana Center akibat Influenza B. Moga Allah berikan kekuatan, kesembuhan dan kesihatan yang baik kepadanya, Amin.

4 Februari 2012, hari sabtu

Kak siti discharge dan ambil masa juga untuk keluar daripada hospital nie. Kelihatan kak siti yang dah tak sabar nak balik rumah kami walaupun keadaan disana selesa seperti hotel hehe :)

Terima kasih Ya Allah kerana telah diberikan nikmat kegembiraan dan kesakitan ini agar kami lebih bersyukur lagi.

Flashback - Part 8




3 Februari 2010, 1.33am

Semakin hari semakin ramai staf di ESQ Leadership Center Sdn Bhd, Haha.. ada kak suria, kak zaika, abang shahrul, saiful, kak mara, kak azie, zul halif, zarif, abang akmal dan shahirah.

Bertambahlah kawan-kawanku hehe..:) erm dalam diam-diam ada artis pula, abang shahrul dan zarif. Walaupun kami ni semua terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza namun dihati memiliki niat yang satu iaitu berjuang demi Allah dan Rasulnya, InsyaAllah.

Bersiap sedia untuk melaungkan, satria ESQ

Go go go,
Fight, fight, fight,
Win win. win.

Friday, 20 January 2012

Balik Kampung



21 Januari 2012, 2.16am

Tak sabar rasanya bila saat nak balik kampung, sebab dah terasa suasana yang akan membuatkan hatiku tenang hehe..

Dalam masa yang sama ada terselit juga rasa kesedihan kerana pada 23 januari 2012 ni, genaplah setahun pemergian sahabatku wan noor hasni. Moga rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah, Aminn.

Mak tunggu saya balik!!! nak makan dan tidur puas-puas. Buat kak siti, kak liza dan zuraidah dok umah baik-baik. Selamat tinggal emerald home.

Aisyah dan suaidah dah selamat balik kampung halaman (kelantan), dan pantun ini khusus ditujukan kepada mereka yang tidak dapat pulang ke kampung. Jangan marah :)

Kalau ada sumur diladang, bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang bolehlah kita berjumpa lagi.

Wednesday, 18 January 2012

Bermusim



18 Disember 2012, 11.42pm

Musim kesedihan telah menimpa diriku, walaupun berkali-kali aku cuba menepis perasaan ini. Tapi inilah kanvas kehidupan yang perlu aku lalui dan terokai.

Hati ini cepat betul terasa, bila ada kata-kata peringatan daripada insan lain. Betulah kata skrip ini kot, kau ni cepat betul terasa jadi macam mana nak berubah kalau tak boleh terima nasihat orang lain :(

Terima kasih Ya Allah, kerana telah engkau utuskan seorang sahabat yang sangat memahamiku di saat aku terjatuh. Terima kasih juga buat kak anis yang telah berbagi dan berkongsi kata-kata semangat, 'Islam itu sangat mementingkan kesederhanaan'.

Maknanya, dalam segala tindakan yang kita lakukan mestilah kena sederhana dan seimbang. Seperti yang selalu disampaikan dalam training ESQ. Haha... :)

Syukur dan terima kasih Ya Allah,
Kerana dicampakkan rasa kesedihan ini.

Kerana tidak pernah meninggalkan hambaMu,
Dan membiarkan diri ini terus mencintaiMu.

Tuesday, 10 January 2012

Surat Cinta

10 Disember, 12.45am




Surat cintaku untukmu ibu,

Terasa indah bila detik kelahiran anak-anakmu, ucapan cinta ini buatmu kerana dikau sanggup bersusah payah pada saat melahirkan. Tidak sedikit pun merasa jemu untuk menjaga, membesarkan dan mendidik kami sehinggalah dewasa demi menjaga amanah dari Tuhanku.

Ku panjatkan rasa syukur dan cinta buat Tuhan, kerana telah menganugerahkan seorang ibu yang selalu mendoakan dan merindui anaknya.

Buatmu Ibu tercinta, terimalah doa dari anakmu yang selalu ingin melihatmu berbahagia didunia dan akhirat kerana tiada yang lebih membahagiakanku bila melihatmu terus tersenyum.

Love u

Monday, 9 January 2012

Flashback - Part 7





9 Disember 2012, 10.59pm

(2012) bertambahlah usiaku dari 27 tahun kepada 28 tahun, tinggal di emerald dan masih mengekalkan identiti sebagai cik noridah othman. Terasa seperti waktu tu berlari pantasnya dengan kelajuan cahaya.

Beberapa hari ini cuaca memang agak panas, nasib baiklah ada teman yang sudi menemaniku dikala aku kepanasan. Sebuah kipas angin.

Kembali kepada detik dimana aku mengenali seorang insan yang bernama Suzana Shariff, seorang ibu tunggal yang tabah dan memiliki 3 orang cahayamata. Nak ceritalah tentang kak suzana, seorang yang memiliki karakter hebat, cantik, sangat disiplin, tegas dan seorang yang sangat menepati masa :)


Special nama timangan yang diberikan oleh anak-anak tele, kerana ia selalu melindungi dan membantu bila kami memerlukan. Anak-anak tele yang nakal nie memang pantas diajar!! (macam cerita sinetron pulak) hehe.... Nak tahu siapakah gerangan budak yang paling nakal sekali dalam dunia ialah cik noridah othman.

Indahnya, bila kita menghargai seseorang itu. Tapi kita selalu je lupa dan yang paling sedih sekali sometimes kita tak hargai pon dan bila ia dah tiada atau berlalu meninggalkan kita baru kita nak mula menghargainya, masa to dah terlambat. Sedih dan alangkah ruginya kita semua.. :(

Teringat detik dimana kami bersama-sama pergi ke tempat training, peluang terbaik ni sebab dah sampai masa untuk berseronok... like a ESQ Kids best, hahaha...:)

Fairuz.... tiba-tiba je kedengaran seperti bunyi halilintar, hehe... just a fun, Rupa-rupanya ada suara yang memanggil, fairuz kami perlukan barang-barang ni untuk training, fairuz makanan belum sampai lagi?, fairuz tak cukup barang lagi ni!!. Hahaha.. habislah fairuz kali ini, kedengaran suara kak suzana yang cuba memudahkan kerja kami, i like it.

Friday, 6 January 2012

Tahun Baru 2012

7 Disember 2012, 1.58am

Melangkah ke 'Tahun Baru' 2012
Waktu terus berlari mengejarku. Huhu.. seperti lagu umpama mimpi dalam mimpi nih.

Alhamdulillah, nikmat hidup yang menghampiri tahun ke-28 mengingatkan aku bahawa ajal semakin hampir. Terkadang terasa amat takut, entah adakah cukup amalan jika nyawa saya diambil sekarang. Teringat kata-kata agung Saidina Ali RA, "Manusia itu tidur. Bila mati baru ia bangun."

Cukup mendalam maksudnya. Namun, hanya orang yang memahami betapa fana dan tidak kekalnya dunia ini yang mampu menghayati ungkapan seringkas itu.

Azam tahun baru
Azam yang terbaik tak semestinya yang baru, tetapi ia adalah yang akan terus diburu, tanpa terburu-buru, tanpa rasa jemu.