Hatiku Terus Mencari
Wednesday, 18 April 2012
Sebuah Perjuangan
Detik demi detik aku merasakan betapa sukarnya hidup sebagai seorang mujahadah. Namun disebalik kesukaran itu terselit pula rasa kenikmatan dalam berjuang.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan 'keyakinan' dalam menghadapi liku-liku kehidupan, kerana sesungguhnya diri ini telah berjanji untuk taat dan setia.
Sesungguhnya engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik bagi diri kami..
Perjuangan memerlukan pengorbanan dan ia tidak akan pernah selesai sehingga aku dipanggil untuk berjumpa dengan kekasihku.
Sunday, 8 April 2012
ToT Malaysia 01
20-21 Febuari 2012 @ Awana, Genting Highlands
Sesuatu yang indah dan tidak akan aku lupakan. Banyak perkara yang indah dan telah aku dapatkan sepanjang program ini. Terima kasih kepada management yang telah mengadakan ToT serta kepada pihak panitia yang comel kak anis dan kak liza :)
~Pak Ridwan~
Bayangkan masa kita sedang berzikir kepada Allah, seumpama kita panggil nama ayah dan ibu kita lalu apakah perasaan yang hadir sedangkan Allah adalah cinta tertinggi kita 'cintaku di atas segala-galanya'.
~AGA~
Bayangkan dosa-dosa kita yang lalu, betapa zalim dan jahilnya diri kita sedangkan Allah sentiasa baik, memaafkan dan tetap mengurniakan kebahagiaan kepada setiap hambanya yang bernyawa.
Setiap teguran daripada pemimpin dan orang di sekeliling kita adalah tanda cinta mereka kepada diri kita kerana daripada teguran itulah yang akan mengajar kita bagaimana cara untuk menghargai dan memperbaiki diri agar menjadi orang yang lebih baik, sekalipun kita dimarah dan dihina terimalah ia dengan rasa bersyukur dan berterima kasih.
~Makna disebalik permainan - menyelamatkan cahaya 165~
Rasakan semangat Abu Bakar, Uthman dan Ali yang tetap mempertahankan keyakinannya hanya demi Allah dan Rasulullah.
Tiada yang lebih hebat melainkan memiliki keyakinan yang tinggi kepada Allah, kerana saya tidak memiliki apa-apa di dunia ini melainkan hanya tauhid dan keyakinan yang tinggi kepada Allah.
Sukarnya menjadi manusia, tetapi kita perlu berusaha untuk menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang sentiasa bersyukur.
Sunday, 1 April 2012
Bahana Hati
Bahana hati apabila timbulnya perasaan marah, benci, dengki, cemburu dan berprasangka buruk. Lebih buruk lagi bila kita meluahkan sehingga ia menimbulkan fitnah yang akan menyebabkan orang lain terluka dan teraniaya. Ya Allah jauhkanlah aku daripada fitnah dunia dan daripada fitnah diriku sendiri.
Berusaha untuk memberi dan menerima dengan cinta agar hati-hati kita saling bertaut dan mengasihi kerana Allah.
Maafkan hati, kerana sudah berkali-kali aku membiarkan kamu menangis sendiri. Aku terlalu mementingkan diri, walaupun bukan niatku untuk membuatkan kamu tersiksa.
Hati, aku mahu kamu kuat untuk menjalani liku-liku kehidupan ini dan aku harap kamu tidak akan pernah rapuh lagi. Aku ingin kamu sedar dalam ingatan kepadaNya (Allah), berjanjilah padaku agar kita sama-sama saling menjaga.
Monday, 5 March 2012
Tuesday, 28 February 2012
Jodoh
Bila bercerita tentang bab jodoh ni, terus akan membuatkan aku terdiam seribu bahasa sebab cukup bagiku hanyalah dengan berbekalkan keyakinan bahawa semuanya telah ditetapkan di luh mahfuz. Jadi tak perlulah aku sibuk untuk mencari-carinya dan yang paling penting adalah berdoa kepada Allah agar mempertemukan aku dengan jodoh yang akan memimpinku di dunia dan akhirat hehe.. :)
Bahagia juga bila melihat pasangan yang berkahwin di usia yang muda tapi dalam masa yang sama ia menuntut banyak pengorbanan dan tangungjawab sebagai seorang isteri, lebih-lebih lagi bersiap sedia untuk berkongsi segalanya. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, tapi cukup indah bila dapat dilaksanakan dengan baik.
Kata sahabat, cubalah buka hati dan bagi ruang sedikit untuk saling mengenali, pasti Allah akan permudahkan segala urusanmu. Jangan terlalu memilih dan berfikir lama kerana sekarang masanya untuk kamu memikirkan masa depan..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dengan membimbing setiap langkah dan perbuatanku, Amin Ya Rabb. Aku ingin memberikan yang terbaik untuk agama, ibubapa serta saudaraku dan yang paling aku idamkan adalah untuk mencapai redhamu meskipun jika aku hanya ditakdirkan untuk terus hidup bersendirian.
Bahagia juga bila melihat pasangan yang berkahwin di usia yang muda tapi dalam masa yang sama ia menuntut banyak pengorbanan dan tangungjawab sebagai seorang isteri, lebih-lebih lagi bersiap sedia untuk berkongsi segalanya. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, tapi cukup indah bila dapat dilaksanakan dengan baik.
Kata sahabat, cubalah buka hati dan bagi ruang sedikit untuk saling mengenali, pasti Allah akan permudahkan segala urusanmu. Jangan terlalu memilih dan berfikir lama kerana sekarang masanya untuk kamu memikirkan masa depan..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dengan membimbing setiap langkah dan perbuatanku, Amin Ya Rabb. Aku ingin memberikan yang terbaik untuk agama, ibubapa serta saudaraku dan yang paling aku idamkan adalah untuk mencapai redhamu meskipun jika aku hanya ditakdirkan untuk terus hidup bersendirian.
Sunday, 26 February 2012
Bahana Facebook
Kebaikkan dan keburukkan sesuatu teknologi itu sebenarnya bergantung kepada niat dan tujuan asal si pengguna. Jadi pilihan ada ditangan anda!!
Bahaya facebook, sometimes ia akan membuatkan orang lain berprasangka negatif sedangkan pada hakikatnya berbeza. Itulah manusia kalau tidak lagi berpaksikan akal fikiran tapi hanya mengikut nafsu amarah, dan perumpamaan ini sesuai disebut 'Bagaikan taufan yang sedang menggila dan cuba untuk menghapuskan segala kehidupan yang ada'.
Bergitu jualah kehidupan ini, jika tidak disirami baja keikhlasan ia akan membuatkan hati kita menjadi gersang seperti gurun di padang pasir yang tandus. Rugilah bagi yang mengotorinya kerana segala kebaikkan yang dilakukan itu akan menjadi seperti debu-debu yang berterbangan.
Ya Allah kami mohon keampunan darimu atas kata-kata dan perbuatan yang khilaf serta niat yang buruk, dan sesungguhnya kami berlindung kepadamu daripada kejahatan diri kami sendiri.
Ingatlah masih banyak lagi perkara besar yang perlu kita fikirkan dan lakukan wahai (manusia) umat islam selain hanya ingin menyalahkan orang lain, kerana kata-kata dan perbuatan kita akan menggambarkan akhlak kita sendiri.
Tuesday, 14 February 2012
Titisan Mutiara
14 Februari 2012, 1.51am
Entah berapa banyak air mata ini dah mengalir, terasa betapa kerdilnya diri dan fikiran ini.. Aku mohon petunjuk dan pimpinan darimu Ya Allah.
Selalu diri ini bermain dengan emosi dan entah berapa banyak sudah hati yang telah aku sakiti, demi memuaskan hatiku sendiri tapi pada akhirnya ia telah melukai diriku sendiri. Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah.
Menangis, sedih, luka, kecewa dan terhina telah membuatkan manusia itu buta, buta dalam menilai erti kehidupan sedangkan Allah datangkan ia sebagai tanda cinta dan kasihnya kepada seorang hamba yang bernama 'Khalifah'.
Semoga kita sentiasa berkasih sayang dan saling menghargai di antara satu dengan yang lain. Lakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan hargailah setiap detik yang kita ada kerana esok belum tentu menjanjikan kehidupan buat kita.
''Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri''. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)